Friday 25 October 2013

::PIAGAM PELANGGAN ::

PIAGAM PELANGGAN


UNIT PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

1.Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sewajarnya yang berkualiti tanpa mengira umur, jantina, agama atau tarafsosio-ekonomi.

2.Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat-menghormati, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

3.Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur yang dicadangkan termasuk risiko dan ikhlas.

4.Kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna akan disediakan untuk keselesaan pelanggan.

5.Masa yang diambil untuk perkhidmatan perkhidmatan pemeriksaan : -

            Jabatan Pesakit Luar -    90 minit


UNIT KESIHATAN KELUARGA

1. Semua pelanggan akan didaftarkan dalam masa 30 minit selepas mendapat nombor giliran.

2. Setiap ibu hamil kes baru akan diberi perkhidmatan sepenuhnya dalam masa 120 minit.

3. Setiap ibu hamil kes ulangan akan diberi perkhidmatan sepenuhnya dalam masa 60 minit berdasarkan sistem temujanji.

4. Setiap ibu kes perancang keluarga baru akan diberi perkhidmatan sepenuhnya dalam masa 45 minit berdasarkan sistem temujanji.

5. Setiap ibu postnatal akan diberi perkhidmatan sepenuhnya dalam masa 90 minit.

6. Setiap pelanggan kanak-kanak akan diberi perkhidmatan sepenuhnya dalam masa 60 minit berdasarkan sistem temujanji.

7. Setiap pelanggan yang dirujuk kepada Pegawai Perubatan dan Kesihatan atau Pakar Perubatan Keluarga akan diberi perkhidmatan sepenuhnya dalam masa 120 minit berdasarkan sistem temujanji.


Sekiranya anda tidak mendapat perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan, sila maklumkan kepada : - 
Pejabat Kesihatan Daerah atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Waha.


            Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak - 120 minit


# Klinik Kesihatan Waha, Kota Tinggi.

:: LATAR BELAKANG ::

 # Bangunan Klinik Kesihatan Bukit Waha 

SEJARAH KLINIK KESIHATAN BUKIT WAHA

  • Klinik Kesihatan Waha merupakan salah satu klinik kesihatan di dalam daerah Kota Tinggi yang terletak di dalam Mukim Tanjung Sedili.
  • Mula beroperasi pada bulan Mei 1986, dalam seluas 4.5 hektar persegi.
  • Lokasi klinik berada di antara Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter dan Felda Simpang Waha.
  • Kami menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Perkhidmatan Pesakit Luar dan  Perkidmatan Pergigian. Bagi Perkhidmatan Pergigian ia dikendalikan oleh Pasukan Pergigian dari Klinik Pergigian Daerah Kota Tinggi yang membuat lawatan pada hari Selasa minggu kedua setiap bulan.
  • Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan satu blok bangunan telah dibina untuk Perkhidmatan Keluarga Ibu dan Anak dan mula beroperasi pada 1 Julai 2009. Maka pelanggan lebih selesa mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kami di mana di blok bangunan lama Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Pergigian dan Farmasi disediakan.
  • Jaraknya : 33 km dari Hospital Daerah Kota Tinggi dan 34 km dari Pejabat Kesihatan Kota Tinggi.
  • Kemudahan infrastruktur yang baik telah lama diwujudkan iaitu jalan raya yang selesa dimana kebanyakan kes-kes yang dirujuk akan sampai ke Hospital Kota Tinggi dalam masa 25 minit - 30 minit.
  • Kawasan operasi : 5 kawasan Felda iaitu (F) Bukit Waha, (F) Simpang Waha, (F) Bukit Easter, (F) Aping Barat dan  (F) Aping timur.
  • Anggaran jumlah penduduk : 10,000 orang
  • Penduduk dan kegiatan ekonomi : 100% melayu yang terdiri daripada peneroka dan penerokawati, manakala golongan muda merupakan pekerja-pekerja di sektor perindustrian.
# Peta Daerah Kota Tinggi di mana terletaknya lokasi semua Klinik Kesihatan dan Klinik Desa 

SENARAI KAKITANGAN KLINIK KESIHATAN WAHA

         > Doktor - 1
         > Pegawai farmasi - 1
         > Ketua Jururawat - 1
         > Penolong Pegawai perubatan(PPP) - 2
         > Penolong Pegawai Farmasi - 2
         > Jururawat Kesihatan - 6
         > Juruteknologi Makmal - 1
         > Jururawat Masyarakat Kanan - 1
         > Jururawat Masyarakat - 6
         > Penolong Perawatan Kesihatan - 2
         > Pemandu - 1
         > Pembantu Rendah Awam -1
  • Waktu Operasi :  8.00am - 5.00pm (Isnin hingga Jumaat)
                               1.00pm- 2.00pm (rehat Isnin - Khamis)
                               12.15pm- 2.45pm (rehat Jumaat)                        
                               cuti-Sabtu ,Ahad & kelepasan Am
                               kes kecemasan 24jam
  • Terdapat 2 buah klinik desa di bawah penyeliaan Klinik Kesihatan Waha yang terletak kira-kira 19 km dari kawasan operasi iaitu :                                                                                         
a) Klinik Desa Aping Barat
b) Klinik Desa Aping Timur                                                                                                                                          
 # Bangunan Klinik Desa Aping Barat 


 # Bangunan Klinik Desa Aping Timur 

Nombor Telefon :
1.Klinik Kesihatan Bukit Waha
  • 078925595 (unit pesakit luar)                                                        
  • 078925505 (klinik ibu & anak)
2.Klinik Desa Aping Timur- 078911477
3.Klinik Desa Aping Barat - 078911478